Pam Elektrik Tilam Angin

Pam Elektrik Tilam Angin

Pam Elektrik Tilam Angin








T utur katanya ceria namun cerita
hatinya tiada siapa mengerti.
Jika isteri lain tugasnya
melayani suami dengan baik
namun segalanya bagaikan
mimpi bagi Hazleynna atau disapa Lina.

Dia hanya sempat menjalankan tugas
sebagai isteri selama 10 bulan sebelum
tugas memasak diambil alih sepenuhnya
oleh ibunya manakala tidur malam suaminya
terus sepi tanpa sebarang gurau senda.

Dalam kemalangan jalan raya setahun
yang lalu sekitar jam tiga pagi di Telaga
Papan, dia bersama suami, anak lelakinya,
seorang anak saudara dan rakannya
tercampak ke dalam gaung sedalam lebih
50 meter. Akibatnya tulang belakangnya
patah dua dan disahkan lumpuh dari paras
pinggang ke bawah.

Sementara itu suaminya, patah tulang
leher. Besi terpaksa dipasang di bahagian
muka dan lehernya bagi menstabilkan
semula keadaan tulangnya lebih dari
tiga bulan. Anaknya, Hairul Haikal, 8,
hasil daripada perkahwinan pertamanya
mengalami patah di bahagian lengan
manakala Mohd Nor, 17, anak saudaranya
senasib dengannya lumpuh dari paras leher
ke bawah dan kini hanya mampu terlantar
di katil.

Cuma rakan anak saudaranya dikenali
sebagai Mat Sabu cedera ringan dan dialah
bertanggungjawab mendaki bukit untuk
meminta pertolongan sebelum diselamatkan
oleh kereta yang lalu di kawasan tersebut
selepas lebih sejam mereka jatuh di dalam
gaung terse but.

Lina merenung nasib diri yang terpaksa bergantung harap segalanya kepada sua mi.

Kunjungan MW ke rumah Lina diiringi
oleh skuad Sinar Harian Marang, Mohd
Azlim Zainury dan isterinya, Norhafiza
yang turut menyampaikan sumbangan
lampin pakai buang buat Hazlyenna hasil
sumbangan Tabung Kebajikan Sinar Harian
Marang.

Ketika kunjungan pagi itu, Lina baru
selesai mandi dan sedang duduk di kerusi
rodanya. Senyuman jelas terukir di bibirnya
dan ketika diminta berkongsi perasaannya.
Kata wan ita tabah ini dia sememangnya
sedih kerana gagal menjalankan
tanggungjawabnya sebagai isteri selepas

kemalangan sebaliknya hanya sempat
melakukannya selama 10 bulan sebelum
lumpuh.

"Hidup saya seratus peratus bergantung
kepada abang. Makan minum dan mandi
semua dilakukan oleh suami. Saya
sendiri sudah biasa makan sambil tidur,
minum sambil tidur selepas melakukan
pembedahan selama lapan jam untuk
memasang besi bagi menyokong tulang
belakang yang patah. Doktor mengesahkan
dua tulang belakang saya patah dan sebaik
keluar dari hospital, saya sudah diberikan
kad orang kurang upaya (OKU)," ujar Lina.

"Kalau abang berada di luar, saya
akan menelefonnya untuk meminta
bantuan. Kalau tidak diletakkan
makanan di sisi katil, sampai bila pun
saya tak mampu bangun mengambilnya.
Emak pula pagi-pagi lagi sudah keluar
untuk ke kebun sayurnya dan hanya
akan pulang petang hari. Sebab itulah
abang sukar untuk bekerja tambahan
pula tulang lehernya masih lemah
selepas kemalangan ini," katanya yang
bergantung kepada pendapatan hasil
jualan sayuran ibunya selain memperoleh
RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat.

Jauh di sudut hati Hazleynna, dia
mahu melakukan segala tugas sebagai
seorang isteri. Bekerja, memasak,
mengemas dan menguruskan anak
sudah biasa dilakukan namun buat
masa ini tiada dayanya untuk melakukan
itu semua.

"Tipu kalau saya tak rasa sedih
tapi kalau saya teruskan kesedihan
ini, sampai blla-bila pun ia tak akan

0 Komentar untuk "Pam Elektrik Tilam Angin"

 
Copyright © 2014 MURAH BORONG MALAYSIA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info